

(kiri) gambar diatas menunjukkan penyokong Mir Houssein Mausavi yang telah diedit dengan mengeluarkan gambar Ahmadinejad.
(kanan) gambar penyokong Ahmadinejad yang dikatakan diedit menggunakan photoshop dalam media tempatan Iran.
Media sering menjadi perantara yang sangat efektif dalam menyampaikan maklumat. Namun dalam gejolak yang berlaku di Iran, media asing diantaranya yang memain peranan besar dalam konflik yang masih berterusan diantara penyokong Ahmadinejad dan Hossein Mousavi.
Hingga kini seramai 13 orang menjadi korban dalam krisis yang melanda Iran dan terbaru seorang perempuan menjadi korban ditembak oleh tentera basij iaitu kumpulan militer sukarela yang ditubuhkan oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini pada 1979. Ahmadinejad didakwa bertanggungjawab keatas kejadian ini kerana rangkaian ketenteraan yang dimiliki.
Namun apa pun yang terjadi di Iran, kita seharusnya meneliti infomasi dengan teliti sebelum membuat sebarang andaian kerana media lah yang menjadi faktor penyumbang yang besar dalam mempengaruhi minda kita semua.
"If you tell people a big enough lie, often enough, they will believe it"
Hitler's propaganda henchman Dr. Goebells