Tuesday, June 9, 2009

Memperingati Perjuangan Saro-Wiwa



Sekali lagi kita menyaksikan penindasan korporat yang kejam terhadap masyarakat Ogani di Nigeria. Setelah hampir 14 tahun Royal Dutch Shell cuba menutup bukti kerakusan dan akhirnya semalam mahkamah telah memutuskan Shell perlu membayar jumlah pampasan sebanyak USD 15.5 juta dalam berkolaborasi serta bertanggungjawab dalam pembunuhan Ken Saro-Wiwa dan 8 orang ketua atasan suku kaum Ogani di Selatan Nigeria.

Royal Dutch Shell bersetuju membayar jumlah pampasan dengan mendakwa setiap tindakan meraka adalah tidak salah. Meskipun kemenangan berpihak kepada Puak Ogani dalam menuntut pampasan, tetapi keadilan masih tidak dapat ditegakkan selagi kepulan gas masih dilepaskan serta pencemaran masih terjadi dan mengakibatkan kematian beribu-ribu orang yang tidak bersalah.

Kronologi kes

1941 - Anak kepada Ketua Ogani, Ken Saro-Wiwa dilahirkan di Bori, Nigeria.

1993 - Saro-Wiwa seorang aktivis, penulis mengetuai kempen menentang pencemaran persekitaran di tanah Ogani oleh operasi yang di jalankan oleh syarikat minyak termasuk Shell.

May, 1994 - Saro-Wiwa ditangkap dan disabitkan kesalahan didalam akta hasutan, dipenjara selama hampir setahun dan diletakkan dibawah penahanan tribunal.

November 1995 - Saro-Wiwa dan lapan orang Ogani lain telah dihukum gantung sampai mati oleh Askar Nigeria dibawah pemerintahan General Sani Abacha.

1996 - Pihak keluarga Saro-Wiwa memfailkan saman yang disokong oleh Centre for Constitutional Right (CCR) dan Majlis dari EarthRight International terhadap Shell.

May, 26 2009 - Perbicaraan ditangguhkan.

June 8 - Shell bersetuju membaya pampasan sebanyak USD 15.5 juta untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah dan tanpa mengakui kesilapan meraka.

"Lord take my soul but the struggle continues."