
Terbaru kita dikejutkan dengan penularan wabak H1N1 di negara kita. Sehingga kini angka kematian telah mencecah 44 orang dan kes yang terbaru melibatkan 2 orang bayi. Malaysia merupakan diantara tangga ke-10 tertinggi mencatatkan kematian melibatkan H1N1.
Yang lebih menyedihkan dan kecewa apabila melawati laman web H1N1 yang dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapati kebanyakkan panduan serta informasi yang penting adalah didalam Bahasa Inggeris. Adakah cuma mereka yang menguasai bahasa tersebut sahaja yang terdedah kepada wabak ini?
Pihak Kementerian sepatutnya lebih peka atas isu ini memandangkan penularan wabak ini semakin serius dan pendidikan pencegahan merupakan antara elemen yang penting dalam menangani wabak ini.
Makluman telah diterima melalui email yang diterima dari Bilik Gerakan CPRC dan Ketua Pengarah Kesihatan dan mereka akan mengambil tindakan untuk menterjemah laman web tersebut. Terima kasih atas respon serta perhatian yang diberikan.