Dek terlalu letih dengan pelbagai kejadian yang melibatkan pertembungan antara kaum kebelakangan ini, saya mengambil keputusan untuk tidak menulis. Mungkin juga kerana aksi-aksi yang terlampau oleh pihak yang berkepentingan sehingga tercerna perilaku yang memilukan serta tidak bertamadun.
Baru-baru ini dialog yang dianjurkan Kerajaan Negeri Pakatan bertukar menjadi haruk-piruk apabila segelintir penduduk dari seksyen 23 bersikap biadap terhadap Menteri Besar Selangor yang saya fikir begitu hikmah dalam mencari penyelesaian terhadap isu yang berbangkit.
Walau bagaimanapun setelah betubi-tubi berita disajikan mengenai fenomena dan gejala kemasukkan ahli baru ke PKR saya mula berfikir apakah kesilapan besar yang tidak seharusnya diperbuat oleh kerajaan BN sehingga begitu ramai ahli dari parti komponen BN terutamanya MIC dan MCA keluar untuk bersama-sama PKR kesan daripada kekaburan dalam paradoks pilihan sosial.
Kita juga faham setiap respon dari individu yang terlibat adalah dipengaruhi oleh impak sosial parti terutamanya dari barisan ketua parti itu sendiri. Memang saya akui agak sukar kita hendak mencari prinsip intergiti yang total dalam sesebuah parti politik, namun pemimpin parti itu jugalah sendiri yang menjadi simbol identifikasi sesebuah parti.Dalam isu yang terjadi mutakhir ini, banyak kesilapan yang telah dilakukan oleh BN dalam usaha untuk menegakkan imej mereka yang telah tercalar dalam beberapa siri piliharaya kecil. Mereka seolah menjadi desperado serta cuba merampas secara rakus kebebasan dengan menyuntik sentimen perkauman yang mereka sendiri fikir bakal berhasil.
Tetapi mereka silap pecaturan lantas setiap inci gerakkan mereka sendiri mencerminkan nilai demokrasi yang sebenarnya di Malaysia. Biar apapun lagi perancangan jahat mereka selepas ini, mereka perlu tahu masa yang meraka ada sebelum PRU akan datang ini sebenarnya adalah masa penilaian (evaluation phase) untuk rakyat bagi menetukan kerajaan yang akan menerajui serta memimpin mereka untuk masa akan datang.