"Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku lapan pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya".
Dipetik dari kenyataan Tok Guru sewaktu PRK baru-baru ini di Permatang Pasir. Ternyata kuasa kita sebagai manusia terhad kepada hanya untuk merancang, dan segala ketentuan adalah aturan dari Allah s.w.t.
Kita bakal menyaksikan sebuah lagi Pilihanraya kecil untuk kali ke-9 sejak PRU yang lepas. Suatu kejadian yang kita sendiri tidak jangkakan. Kematian ADUN Bagan Pinang disebabkan serangan jantung juga bukan dibawah kuasa kita.
Pernah satu ketika BN mengatakan sejurus selepas kematian Adun Permatang Pasir, “Pembangkan haruslah mencari calon yang sihat untuk berkhidmat.”
Apa? Tidak tahukah kematian itu juga bukan ketentuan kita?
Pengundi-pengundi khususnya di Bagan Pinang dikatakan golongan menengah dan berpendidikan. Golongan seperti ini kebiasaannya sering mengalih undi mengikut keaadaan dan isu semasa. Pembangkang khususnya PRK dan PAS dilihat mempunyai kelebihan disini memandangkan gejolak dan keretakkan sistem pemerintahan yang lemah oleh BN memungkinkan kemenangan dapat diperolehi menerusi pilihanraya akan datang.

Kalau dinilai dari majoriti yang dimenangi BN sewaktu PRU 2004 dan PRU 2008, ternyata majoriti kemenangan susut dari 4411 kepada 2333 dan jumlah yang keluar mengundi turut meningkat. Ini mungkin adalah disebabkan faktor kesedaran yang dimiliki oleh pengundi-pengundi juga telah mula meresap.
Diharap corak yang bakal dimainkan oleh parti yang bertanding di PRK akan datang adalah sihat serta serta bermoral. Tidak perlu lagi tuduhan yang melulu serta tidak konkrit dilempar dalam mencapai agenda politik masing-masing. Yang jelas rakyat menginginkan ketelusan serta tindakan yang konsisten dalam mengotakan setiap janji sewaktu berkempen.
Semoga berjaya.